Followers

Monday, September 17, 2012

Duhai hati ini,,,



 Duhai hati,
Sayangku tidak terhingga,
Kasihku tiada akhirnya...

Namun...
Dunia ini penuh ranjau duri,
Persimpangan jalan penuh terisi.


Duhai hati,
Kuhamparkan permaidani cinta,
Kulebarkan ia di segenab dunia,

Kulaluinya dengan rasa bahagia,
Hingga tak tersedar diri ini terleka.


Pabila jauh kurenangi lautan cinta,
Gelora hati terus berbicara,
Biru airnya senyuman jiwa,

Biarpun ombak menghampiri perssisirannya.

Tersedar diriku dari lena yang panjang,
Sehingga kasihku setinggi lautan,
Sayangku tiada sempadan.


Duhai hati,
Kesalku mengukir cinta insan,
Hingga terlupa cinta pada Tuhan,

Bisikan rindu terus bertandang,
Lagu-lagu sepi berkumandang.


Betapa hati tidak terkata,
Debu-debu dosa menghampirinya,
Mana perginya pepatah lama,

Mencari kasih Hakiki akhirnya.

Duhai hati,
Dalam kesempatan yang ada,
Bersujudlah di malam kala,

Berbicaralah dengan Maha Pencipta,
Moga taubat ini diterima... 

ketika majlis nikah saudara di Tenggaroh 6 :)








Duhai hati
Aku tahu di saat dan tika ini
Perasaanmu amat hiba


Duhai hati
Beristighfarlah
Yakinilah segalanya 
Datang dari Allah


Duhai hati
Seringkali dirimu diuji
Diasak dengan pelbagai persoalan
Namun hati
bersabarlah..


Terima Kasih :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...